• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Awam Perlu Kelulusan CAAM Terbangkan Dron

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang awam yang ingin menerbangkan dron dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu memohon dan mendapatkan permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana permit kelulusan hanya dikeluarkan oleh CAAM dan bukan di bawah Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Khas atau Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

“Maka mereka (orang awam) perlu mendapatkan kebenaran (permit dikeluarkan CAAM), selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menerbangkan dron.

“Sekiranya kedua-dua pihak berkuasa (CAAM dan PDRM) ini memberi kebenaran maka tiada masalah untuk orang awam menerbangkan dron,” katanya dalam sidang media harian mengenai PKPB di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sebelum ini, media melaporkan semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei lepas.

Sementara itu, ditanya mengenai pendatang tanpa izin yang membina penempatan secara haram di luar tapak pembinaan, Ismail Sabri berkata perkara berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk mengambil tindakan.

“Mereka (pendatang tanpa izin) sudah tentu tidak sah bekerja di negara kita, isu pendatang tanpa izin ini sama sahaja (dengan operasi sewaktu bukan tempoh PKP) …mereka masuk secara haram.

“Operasi yang dilakukan terhadap pendatang tanpa izin sahaja dan bukannya melibatkan warga asing yang mempunyai permit dan dokumen sah,” katanya.

Beliau berkata mereka yang masuk secara sah, kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan tidak kira sama ada tinggal di dalam atau di luar tapak pembinaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan bersedia sekiranya berlaku kenaikan kes COVID-19 di depoh-depoh tahanan imigresen yang lain, selepas berlaku kes COVID-19 di depoh imigresen di Sepang, Bukit Jalil dan Semenyih.

Tags: CAAMdronperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

Himpunan Pembangkang: Polis Guna Dron Pantau Pergerakan

26/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menggunakan dron bagi memantau himpunan pembangkang ditunjangi PAS di sekitar bandar raya ini. Tinjauan mendapati teknologi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd