• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mungkin Tambah Jumlah Jemaah Masjid, Surau

oleh
21/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan untuk menambah jumlah kapasiti yang boleh memasuki rumah ibadat terutama masjid dan surau.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hanya akan dipertimbangkan sekiranya mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) sejak pembukaan semula masjid dan surau bagi zon hijau terpilih pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, keutamaan kini tetap kepada pihak pentadbiran masjid dengan jemaah tidak lebih daripada 30 orang pada satu-satu masa.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, usaha ke arah itu akan dilakukan secara berperingkat dengan mengambil kira aspek yang perlu dititikberatkan.

“Buat masa ini, keutamaan pada pihak pentadbiran masjid dengan kapasiti terhad untuk 30 orang saja.

“Kita mulakan dengan skala kecil, perlahan-lahan tetapi pasti. Kita harap dapat terus memantau dengan lebih dekat pelaksanaan SOP itu.

“Sekiranya kita berpuas hati, kita tingkatkan (kapasiti),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan berkata, solat Jumaat dan solat berjemaah dalam zon hijau Covid-19 di Wilayah Persekutuan yang dibenarkan hanya membabitkan pengerusi, ahli jawatankuasa, pegawai dan petugas masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dengan tidak lebih 30 jemaah.

Jemaah yang dibenarkan hadir untuk menyertai solat Jumaat dan solat berjemaah akan ditentukan oleh pihak pentadbiran ketiga-tiga tempat ibadat itu seperti yang dimaklumkan kepada beliau oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pelaksanaan solat berjemaah di masjid akan mematuhi semua syarat di dalam garis panduan yang disediakan.

Tags: Covid-19KKMmasjidsolat jemaahsurau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd