• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Selepas Aidilfitri

oleh
20/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijangka tarikh pelaksanaannya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun dibenarkan pihak syarikat produksi termasuk kru dan pelakon perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Memang kita benarkan tetapi banyak persediaan yang perlu dilakukan pihak terlibat, jadi saya jangkakan penggambaran hanya boleh dimulakan pada hujung Jun.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Antara SOP yang kerajaan tetapkan adalah semua mesyuarat dan uji bakat perlu dibuat secara dalam talian, mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh empat minggu sebelum penggambaran dan memastikan tidak lebih daripada 20 orang terlibat dalam setiap sesi penggambaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, syarikat produksi juga perlu melantik seorang penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi.

“Perkhidmatan bufet bagi petugas dan artis adalah tidak dibenarkan dan makanan perlu dihidangkan secara pek individu.

“Jurusolek juga perlu menggunakan ‘face shield’ dan memastikan mencuci tangan sebelum dan selepas menyolek serta menata rias setiap artis,” katanya.

Katanya, penjarakkan sosial juga perlu dilakukan terutamanya jika ada babak yang perlu ‘rapat-rapat’.

“Ia tidak boleh kecuali jika ada teknik tertentu yang boleh digunakan syarikat perfileman…yang penting dari segi fizikal tidak boleh ada jarak kurang satu meter dan tidak boleh berkumpul ramai-ramai.”

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan penggambaran atau rakaman ‘centre stage’ dan persembahan secara langsung (live performance) yang melibatkan tontonan ramai masih tidak dibenarkan.

“Kita hanya benarkan penggambaran filem, drama serta pengiklanan…penggambaran seperti teater tidak dibenarkan,” katanya.

Tags: Hari Raya AidilfitriPenggambaranperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

Bagaimana Mahu Merayakan Aidilfitri Penuh Kegembiraan Walaupun Terpaksa Berkerja?

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  Menyambut Aidilfitri ketika perlu bekerja memang mencabar—tetapi dengan sedikit perancangan dan mindset yang betul, anda masih boleh menikmati...

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

Arab Saudi Rasmi Sambut Aidilfitri Jumaat Ini

19/03/2026
0

RIYADH – Kerajaan Saudi secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1447 Hijrah akan disambut pada Jumaat, 20...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd