• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Penghuni 76 Unit Rumah Di PKPD Jalan Othman?

oleh
13/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sepasukan ‘search screen’ sedang mengesan individu yang mendiami 76 unit rumah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman, di sini, kerana gagal memberikan kerjasama untuk menjalani saringan koronavirus (Covid-19), hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya masih mengesan individu yang mendiami 46 buah rumah di Zon B dan 30 buah rumah di Zon A yang belum menjalani saringan Covid-19 manakala individu yang mendiami rumah di Zon C telah menjalani saringan sepenuhnya.

“Pasukan itu terdiri daripada 24 orang diketuai Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia dibantu oleh Pasukan Op Cantas Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Mengulas lanjut Nik Ezanee berkata, seramai 2,192 orang telah disaring sehingga semalam, iaitu terdiri daripada 1,698 rakyat tempatan dan 494 warga asing.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan PKPD, pasar Jalan Othman, di talian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam.

“Kita menasihati penduduk yang terlibat dengan PKP agar terus bersabar dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi terlibat sementara orang ramai yang tidak terlibat dengan PKPD dikehendaki terus mematuhi PKPB untuk membendung jangkitan Covid-19 sekali gus dapat memutuskan penularan wabak penyakit ini,” katanya.

Nik Ezanee memaklumkan, PKPD di kawasan itu membabitkan tiga zon yang merangkumi keluasan 34 hektar dengan 439 rumah didiami kira-kira 2,600 penduduk termasuk warga asing.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bantuan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendirikan tiga pusat ujian Covid-19 masing-masing di Zon A, B dan C kawasan itu,” katanya.

Kawasan itu diletakkan bawah PKPD bermula Ahad lalu hingga 23 Mei ini.

Dalam pada itu katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuat agihan fasa kedua sebanyak 544 ‘food’ basket’ yang terdiri daripada 15 jenis barangan keperluan yang dapat menampung keperluan seramai empat orang dan ia boleh digunakan selama tempoh lima hari. – Sinar Harian

Tags: Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd