• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bocey Antara Muka Baru Sertai Lawak Ke Der 2015

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bocey tersenarai sebagai salah satu daripada line-up yang bakal memeriahkan pementasan Lawak Ke Der 2015 yang bakal berlangsung dari 16 April hingga 19 April ini di Istana Budaya.

Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad berasa teruja dengan pemilihan mereka dalam jenama Lawak Ke Der yang mula diketengahkan sejak 2012.

“Kami sangat teruja dapat terlibat dalam Lawak Ke Der. Macam mimpi kami dapat join, walaupun ada ramai lagi pelawak yang lagi bagus di luar sana, nama kami terpilih, terima kasih kepada Hans yang memberi peluang dan kepercayaan kepada kami,” kata Fad mewakili rakan-rakannya ketika ditemui pada sesi sidang media Lawak Ke Der 2015 di Istana Budaya, di sini hari ini.

Untuk mendapatkan idea baharu yang tidak pernah lagi dipersembahkan oleh mereka, Bocey mengatakan mereka banyak melihat rujukan daripada pelawak-pelawak otai lain yang turut terlibat dalam pementasan kali ini.

Selain Bocey, Lawak Ke Der 2015 bakal memperlihatkan line-up pelawak antaranya Afdlin Shauki, Harith Iskander, Douglas Lim dan pendatang baharu Rayza Mukmin.

Sementara itu, pengarah pementasan tersebut, Hans Isaac mengatakan dia sendiri secara peribadi memilih Bocey selepas membuat survey secara tidak rasmi sebelum ini.

“Saya yang nakkan Bocey secara personally. Saya buat research pasal Bocey. Daripada situ saya dapati ramai yang nak Bocey join Lawak Ke Der.

“Bagi saya lawak yang diketengahkan mereka adalah lawak Melayu bijak yang tidak memperbodohkan penonton,” katanya.

Bagi yang ingin menyaksikan pementasan ini, tiket-tiket berharga RM46, RM86, RM126, RM156 dan RM176 boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz dan kaunter Box Office Istana Budaya di talian 03-42532241. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

Tags: Bocey
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Che Ta Puji Lawak Bocey Sampai Tak Tahan Gelak

03/04/2018
0

SEBAGAI pelakon, Rozita Che Wan tidak pernah sama sekali menyifatkan dirinya sebagai pelawak walaupun ramai melihat dirinya sebagai seorang yang...

Achey Bagi ‘Green Light’ Jika Isteri Mahu Jadi Pelawak

25/03/2018
0

SIAPA sangka, dalam diam rupa-rupanya isteri kepada pelawak Achey Bocey mempunyai bakat terpendam iaitu sebagai seorang pelawak. https://www.instagram.com/p/Bf7g7lYHSUF/?taken-by=anne_achey Ini semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd