• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Nasihat, Amaran Langgar PKPB

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bermula esok, polis akan terus mengambil tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah terhadap mereka yang melanggar syarat serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB dilaksanakan pada 4 hingga 12 Mei lalu sebelum dilanjutkan sehingga 9 Jun depan dengan beberapa kelonggaran diberikan, namun ada yang dilihat mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan bahawa PKPB boleh ditarik balik dan kembali menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran.

Katanya, laporan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan banyak kes membabitkan ketidakpatuhan rakyat terhadap persatuan dan SOP PKPB dikesan.

“Dalam mesyuarat tadi, kita memutuskan fasa nasihat dan amaran sudah berakhir. Oleh itu, PDRM diberi kuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar SOP di bawah PKPB.

“Di bawah Akta 342, kesalahan melanggar SOP dan peraturan boleh berdepan hukuman kompaun RM1,000 dan jika dibawa ke mahkamah, hukumannya RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Bercakap pada sidang media disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini, beliau memberi contoh, satu video tular diterimanya semalam merakamkan kehadiran orang ramai ke warung di Kampung Pandan.

“Saya terima video tular itu semalam (kelmarin) dan menyangkakan ia adalah palsu. Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar.

“Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan (PKB), rakyat mesti patuh kerana bimbang kes baharu akan berlaku dan kes positif COVID-19 meningkat,” katanya.

Katanya, jika rakyat mahu terus menikmati kelonggaran diberikan di bawah PKPB atau mahu perintah berkenaan ditamatkan, mereka perlu patuh syarat dan SOP ditetapkan.

“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi PKP semula, tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran.

“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya. – BH Online

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyarat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan 30 Peratus Bekerja Dari Rumah Dibatalkan

30/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Arahan 30 peratus bekerja dari rumah dibatalkan bagi pekerja sektor swasta dalam kumpulan pengurusan dan operasi/sokongan di...

6 Negeri Kekal PKPB, Rentas Negeri Tidak Dibenarkan

30/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd