• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akur Ada Golongan Layak Yang Tercicir BPN

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menerima pandangan terdapat kemungkinan bahawa golongan yang benar-benar layak, tercicir daripada menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata terdapat beberapa isu yang berbangkit seperti ada pemohon yang gagal layak disebabkan pelbagai faktor berdasarkan kepada proses semak silang antara 10 agensi terbabit.

Sebagai contoh, beliau berkata ada yang kehilangan pekerjaan tahun ini disebabkan COVID-19 dan status terkini tidak dirakam di dalam pangkalan data.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Ada data pasangan yang belum dikemaskini. Ada juga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pengarah syarikat tetapi syarikat berstatus tidak aktif, tiada pendapatan dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kementerian membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei.

“Kami tidak janji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, dengan bukti dokumen yang berkaitan, boleh diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan kelima pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sebelum ini sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan selepas melalui proses semak silang oleh 10 agensi kerajaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata sehingga 10 Mei lalu, seramai 10.6 juta rakyat Malaysia menerima BPN.

“Dengan peruntukan sebanyak RM11 bilion, iaitu tambahan RM1 billion daripada peruntukan asal RM10 bilion, komitmen kerajaan untuk membantu rakyat memang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Beliau berkata, antara 4 hingga 10 Mei lalu, bayaran Fasa Kedua sudah bermula membabitkan 5.79 juta penerima dengan jumlah RM2.63 bilion.

“Bayaran Fasa Kedua akan diteruskan pada minggu ini. Bagi mereka yang tiada akaun bank atau berstatus Gagal Kredit, penerimaan bayaran secara tunai akan boleh dibuat daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 14 Mei.

“Ini dianggarkan akan membabitkan 800,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, daripada 8.3 juta penerima yang telah diluluskan, pencapaian pembayaran Fasa Pertama adalah pada kadar 96 peratus manakala Fasa Kedua yang sedang berjalan ini di tahap 49 peratus.

“Saya mengingatkan pegawai kementerian agar memastikan pembayaran disampaikan dengan secepat mungkin dan bayaran dijangka disempurnakan menjelang hujung minggu ini,” katanya.

Tags: bantuan prihatin nasionalkementerian kewangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd