• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Solat Jumaat, Solat Berjemaah Diketahui Khamis Ini

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dijangka diketahui Khamis ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini.

“Hari ini saya nak bincang, jadi esok masuk mesyuarat Kabinet,” katanya pada sidang media Program Inspirasi Musaadah Ramadan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Dewan Budiman, Kompleks Penjara Tapah, di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Zulkifli berkata, pandangan berkenaan kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Majlis Raja-Raja dan pihak berkuasa negara.

“Itulah prosedur kita lakukan dan kita sentiasa mengambil cakna terhadap apa yang disarankan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, untuk SOP yang akan kita bina, Insya-Allah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusan Perlis membenarkan solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini, Zulkifli berkata perkara itu tertakluk kepada bidang kuasa negeri masing-masing.

Sementara itu, mengenai solat Aidilfitri beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang mengenai perkara itu secara khusus dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata sehingga kini YaPEIM telah membelanjakan RM1.75 juta daripada Tabung Amanah YaPEIM yang memberi manfaat kepada 76,976 penerima di 365 lokasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga hari ini.

Ia diberikan melalui program Foodbank YaPEIM 2.0 #MUSAADAHCOVID19 dan program Insprirasi Musaadah Ramadan termasuk program Beli dan Sumbang.

“Hari ini seramai 650 keluarga yang dikenal pasti akan menerima sumbangan barang keperluan asas dengan peruntukan RM32,500.

“Sumbangan itu akan diagihkan oleh pihak-pihak yang dikenal pasti seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan beberapa agensi kerajaan lain bagi menampung keperluan harian keluarga dan meringankan beban,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli turut menghadiri program Ziarah Sahabat Penjara dan Bantuan Musaadah COVID-19 di penjara berkenaan.

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratsolat jemaahsolat Jumaat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Masjid Bandar Tiram, Tunai Solat Jumaat Bersama Penduduk

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Masjid Bandar Tiram, Tunai Solat Jumaat Bersama Penduduk

08/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Bandar Tiram, Johor Bahru sempena...

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

Lalu Lintas Sesak Solat Jumaat: ‘Bila Mati Esok, Suruh Ultra Kiasu DAP Mandikan’ – Ridhuan Tee

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mengiritik kenyataan seorang Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara berhubung kesesakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd