• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Naikkan VAT, Henti Beri Elaun Kos Sara Hidup

oleh
11/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Menteri Kewangan Arab Saudi hari ini berkata, negara itu akan menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) tiga kali ganda dan menggantung bayaran bulanan untuk setiap penduduk, dalam pendekatan baharu menangani krisis ekonomi akibat COVID-19.

“Kami sudah memutuskan bahawa elaun kos sara hidup akan ditangguh bermula Jun 2020, manakala VAT akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 15 peratus bermula 1 Julai ini,” kata menteri berkenaan, Mohammed Al Jadaan, seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi.

Pendekatan itu diputuskan selepas Jadaan minggu lalu memberi amaran berhubung beberapa langkah ‘menyakitkan’ yang akan dilaksanakan kerajaan, susulan kemelut ekonomi akibat COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Arab Saudi, bersama beberapa negara Teluk lain mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak lima peratus pada 2018, untuk menambah pendapatan negara.

Negara petroleum itu turut memperkenalkan pemberian elaun berjumlah bilion dolar kepada rakyat, dikenali sebagai elaun kos sara hidup, sebagai menangani kos yang semakin meningkat.

Menurut Jadaan, Riyadh dijangka kehilangan separuh daripada pendapatan dihasilkan menerusi minyak, yang menyumbang kira-kira 70 peratus pendapatan awam, susulan kejatuhan harga bahan itu sebanyak dua pertiga sejak awal tahun ini.

Katanya, negara peneraju pengeksport minyak mentah itu perlu meminjam hampir AS$60 bilion (RM261 bilion) tahun ini bagi menampung defisit belanjawan.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada April meramalkan bahawa ekonomi Saudi akan menguncup sebanyak 2.3 peratus tahun ini. – Agensi

Tags: Arab Saudicukai nilai tambahelaun kos sara hidup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd