• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Tolak Usul Shafie Untuk Undi Percaya Mahathir

oleh
07/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung usul undi percaya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sokongan majoriti ahli.

Berdasarkan satu surat yang dilihat BH, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul itu kerana penjelasan yang dinyatakan dalam usul berkenaan tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan jawatan Perdana Menteri.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul Yang Berhormat ini dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat,” katanya dalam surat berkenaan yang ditujukan kepada Mohd Shafie.

Hari ini di Beluran, Sabah, Shafie mengesahkan surat yang tular sebelum ini berhubung usul dikemukakannya untuk satu undi percaya bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat diadakan pada sidang akan datang, 18 Mei ini.

Walaupun tidak mengulas lanjut, Shafie mengiyakan mengenai surat beliau itu.

“Kita tunggulah bila sampai masanya, …itu sidang dewan, ini lawatan Terusan Sapi,” katanya dalam sidang media selepas melawat Ladang dan Kilang Padi di Beluran, hari ini.

Sebaik ditanya oleh wartawan sama ada beliau mengesahkan surat viral berkenaan, Mohd Shafie sempat menjawab ringkas, iya.

Satu surat bertarikh 1 Mei lalu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkaitan dengan permohonan untuk membawa satu usul dan mengemukakan resolusi bagi membuat ketetapan bahawa Ahli Parlimen Langkawi iaitu Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli dewan.

Menurut surat itu juga, permohonan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. – BH Online

Tags: Dewan RakyatMahathir MohamadShafie Apdalundi percaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd