• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: 147 Lari Dari Pusat Kuarantin

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan seramai 147 individu yang dikuarantin berkaitan jangkitan Covid-19, melarikan diri dari pusat kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka adalah dari kumpulan pembinaan.

“Setakat ini, kita ambil maklum dan sudah membuat laporan polis. Polis sedang ambil tindakan kepada yang lari dari pusat kuarantin.

“Daripada 147 individu yang lari dari pusat kuarantin, tujuh masih dikesan. Bagaimanapun, kesemua mereka negatif tetapi mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ditanya sama ada KKM akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak ada lagi kes lari dari pusat kuarantin, Dr Noor Hisham berkata, kejadian itu bukan disebabkan masalah SOP.

“Kalau kita lihat gelombang pertama pun ada warga China lari dari pusat kuarantin. Apa yang pasti mereka ini bukan positif tetapi dikuarantinkan sebab ada terdedah kepada kes-kes positif Covid-19,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan tujuh lelaki warga asing dipercayai melarikan diri dari pusat kuarantin di sebuah institut pendidikan di Kuala Lumpur.

Kehilangan warga Indonesia dan Bangladesh yang tinggal bersama suspek positif Covid-19 di Selangor Mansion, Menara City One dan Kampung Baru disedari 10 pagi, Isnin lalu selepas doktor bertugas membuat rondaan memeriksa pesakit yang dikuarantin. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMpusat kuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd