• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak Makmal RM30 Juta

oleh
05/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta, lapor The Malaysian Insight.

Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber di SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terbabit dalam siasatan itu.

“Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya kepada The Malaysian Insight, malam ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sumber memberitahu, sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

“Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak,” katanya.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

“KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik.

“KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.

“KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE. – myMetro Online

Tags: kelengkapan makmalKKMkontrakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd