• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Saran Guna MySejahtera, MyTrace

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru semua rakyat dan warga asing di negara ini untuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan MyTrace secara percuma di telefon pintar masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aplikasi MySejahtera membolehkan setiap individu melakukan penilaian kendiri untuk mengetahui risiko terhadap jangkitan Covid- 19.

Beliau berkata, MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Aplikasi ini membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan memperkasakan rakyat atau pengguna untuk prihatin kepada kesihatan kendiri dan keadaan semasa virus pandemik ini di Malaysia.

“MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri di samping membantu KKM mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, antara fungsi MySejahtera adalah pengesan hotspot ataupun hotspot tracker iaitu pengguna boleh mendapatkan maklumat kawasan panas kes Covid-19 dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi pengguna atau alamat carian.

“Ia memberi maklumat berkaitan fasiliti saringan Covid-19 yang terdekat dan bantuan nasihat secara atas talian.

“Selain untuk diri sendiri, pengguna juga boleh mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga tidak mempunyai telefon pintar yang mana MySejahtera membantu menilai tahap kesihatan ahli keluarga atau individu lain yang didaftarkan.

“Pengguna yang sudah memuat turun aplikasi ini perlu mengemaskini kepada versi terbaharu bagi mendapat manfaat penuh MySejahtera,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, aplikasi itu akan ditambah baik dengan ciri-ciri terkini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Selain itu, katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membangunkan aplikasi MyTrace.

“Aplikasi ini membolehkan kerajaan menjalankan pengesanan kontak kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

“MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera. Pengesanan kontak adalah sangat penting supaya dapat diketahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang dikenal pasti positif Covid-19.

“MyTrace tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna, sebaliknya merekodkan log gelombang Bluetooth apabila pengguna berada berdekatan antara satu sama lain,” katanya.

Justeru, katanya, KKM amat menggalakkan rakyat mendapatkan kedua-dua aplikasi itu lebih-lebih lagi ia tidak mengenakan sebarang bayaran.

Tags: Covid-19KKMmysejahteraMyTrace
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd