• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Negeri Termasuk Dua Wilayah Tiada Kes Baharu Covid-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 10 negeri termasuk dua wilayah tidak merekodkan sebarang kes positif baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) hari ini.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengah hari tadi, negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Labuan.

Kuala Lumpur merekodkan kes tertinggi baharu positif Covid-19 dengan jumlah 30 kes.

Daripada jumlah itu, empat kes merupakan kes import dikesan daripada rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Selain itu, Selangor merekodkan empat kes dan Sarawak tiga kes termasuk satu kes import.

Perak, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kes.

Keseluruhan jangkitan baharu hari ini adalah 40 kes termasuk lima kes import.

Lima kes import membabitkan satu kes rakyat yang pulang masing-masing dari Indonesia dan Afrika serta tiga kes dari United Kingdom.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Sementara itu, daripada 23 kluster yang masih aktif, hanya tiga daripadanya merekodkan kes baharu.

Persidangan gereja di Sarawak merekodkan dua kes positif baharu dan kluster Pasenteren serta Sendayan masing-masing merekodkan satu kes.

Mengulas mengenai kluster eksekutif, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut telah selesai sepenuhnya.

“Ia merupakan kluster Uda yang melibatkan 120 pesakit.

“Kes pengesanan aktif telah dilakukan terhadap kluster ini dan kesemua pesakitnya telah dibenar pulang,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 5,820 kes positif direkodkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 1,764 kes masih dirawat dan sebahagian besar iaitu 67.9 peratus (3,957 kes) telah pulih.

Seramai 99 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd