• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Memasuki Fasa Pemulihan Jangkitan COVID-19

oleh
27/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Malaysia kini sudah memasuki fasa pemulihan daripada jangkitan wabak COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan pertambahan kes jangkitan baharu di negara ini direkodkan kekal berada pada tahap dua digit sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata empat pelan tindakan membabitkan kerajaan dan orang ramai yang dikemukakan KKM perlu diteruskan bagi mengawal jangkitan COVID-19.

Empat tindakan berkenaan ialah kawalan sempadan dan pergerakan yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan, manakala orang ramai pula perlu menjaga penjarakan sosial dan amalan kebersihan diri.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Kawalan sempadan masih perlu diteruskan bagi mengelak berlaku kes import dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Ini kerana terdapat lebih 180 negara yang mengalami jangkitan COVID-19.

“Selain itu, kawalan pergerakan perlu diteruskan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Paling utama adalah terletak kepada orang ramai untuk terus kekal di rumah dan menjalankan penjarakan sosial, selain menjaga kebersihan diri masing-masing,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jangkitan COVID-19 dijangka belum dapat dihentikan kerana vaksin untuk merawat wabak itu belum ditemui setakat ini.

“Kemungkinan vaksin hanya akan ditemui dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi dan paling penting adalah kita perlu hentikan rantaian jangkitan ini,” katanya.

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd