• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedia Maklum Pesakit COVID-19 Tak Kebal Jangkitan Kedua

oleh
27/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum bahawa tiada bukti lagi bahawa pesakit COVID-19 yang sembuh, kebal daripada jangkitan kali kedua, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata walaupun ada respons antibodi IgM (immunoglobulin M) and IgG (immunoglobulin G) ia tidak melindungi pesakit daripada jangkitan kali kedua. 

“Setakat ini kita (Malaysia) tiada kes jangkitan kedua lagi tetapi antibodi tidak berkemampuan untuk melindungi mereka. Mereka masih perlu ambil langkah pencegahan dan jaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan kali kedua,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata demikian pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, apabila ditanya pemberita mengenai kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang tiada jaminan bagi mereka yang telah pulih daripada jangkitan dan mempunyai antibodi dalam tubuh tidak akan dijangkiti kali kedua. 

WHO juga berkata pengesanan antibodi yang bertindak terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, bukan bermakna ia pasport imuniti atau sijil bebas risiko yang akan membolehkan individu untuk mengembara atau kembali bekerja atas tanggapan mereka kebal terhadap jangkitan semula.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Mengenai rakyat Malaysia di luar negara yang dikesan positif COVID-19, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada International Health Regulatory Committee di KKM untuk direkodkan.

Rakyat Malaysia juga perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan di sesebuah negara sebelum negara berkenaan membenarkan mereka pulang ke tanah air.

“Contohnya, jika positif COVID-19, mereka perlu mengikuti proses kuarantin di negara berkenaan dan negara itu juga akan memaklumkan kepada kita jika kes-kes itu pulang ke tanah air,” katanya.

Dr Noor Hisham sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa tiada anggota kesihatan yang bertugas di wad COVID-19 atau merawat pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata lebih 80 peratus daripada anggota kesihatan yang dijangkiti adalah daripada komuniti seperti majlis perkahwinan dan bukannya ketika bertugas di wad COVID-19.

Jelasnya, jangkitan itu bukan kerana isu kekurangan peralatan pelindung diri (PPE) memandangkan hospital awam dan swasta sememangnya disaran memakai pelindung diri sebelum mengendalikan pesakit kerana sedar jangkitan itu daripada pesakit ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dan ‘influenza-like illness’ (ILI).

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd