• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dron Pantau Penyakit Berjangkit

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Sebuah syarikat pembuatan pesawat di Amerika Syarikat (AS), Draganfly menjadi perintis dalam penggunaan dron untuk mengesan individu yang bergejala penyakit berjangkit.

Daily Star melaporkan, dron pandemik itu juga berupaya membaca suhu, kadar degupan jantung dan mengukur jarak sosial antara individu sejauh 58 meter.

Dron itu dilengkapi sistem penglihatan pintar yang boleh mengesan pergerakan sama ada seseorang berdiri atau batuk.

Menerusi ujian dilakukan Draganfly dari atas padang bola di Westport iaitu pusat wabak Covid-19 di Connecticut, ia dapat mengesan sekumpulan individu dan pergerakan mereka.

Sensor merah dapat mengesan sama ada individu itu berdiri hampir dengan satu sama lain, manakala kod hijau menunjukkan mereka mengikut garis panduan penjarakan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cameron Shell berkata, Jabatan Polis Westport memanfaatkan teknologi itu demi keselamatan penduduk.

“Pandemik ini membuka peluang untuk ciptaan dron lebih maju.

“Ini menjadikan kami bandar pertama menggunakan teknologi seperti ini. Ia bukan sahaja berupaya menganalisis data, sekali gus menyelamatkan nyawa manusia,” katanya.

Cameron, bagaimanapun berkata, sistem tidak mengumpul maklumat individu secara khusus, tetapi mengambil populasi sampel untuk membantu pegawai kesihatan mengekang penularan Covid-19. – Agensi

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Tags: Amerika SyarikatCovid-19dronpenyakit berjangkit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd