• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir

oleh
22/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIDANG media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa sedikit berbeza dan istimewa apabila Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diberi kejutan sempena hari lahirnya yang ke-57.

Kejutan itu dibuat oleh pengamal media yang hadir sejurus berakhirnya acara itu sekitar 6.20 petang di pintu masuk Dewan Serbaguna Aras 8, bangunan kementerian itu di Putrajaya.

“KP terkejut dengan sambutan untuk meraikannya, dia senyum je,” demikian kata salah seorang pegawai KKM kepada mStar mengenai majlis ringkas itu.

Malahan, pegawai berkenaan juga mengakui Dr Noor Hisham kehilangan berat badan sepanjang tempoh mengetuai usaha untuk membendung wabak berbahaya ini.

Selain kek dan buah-buahan, Dr Noor Hisham turut diberikan beberapa kad ucapan sempena hari istimewa itu yang disusun rapi di satu sudut di dewan berkenaan.

Dalam video yang dikongsi, Dr Noor Hisham kelihatan tersenyum sambil menerima kek yang disampaikan oleh pengamal media di situ.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas segala ucapan yang disampaikan kepadanya hari ini.

“Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

“Dan kita masih dalam perjuangan untuk memutuskan penularan Covid-19.

“Sama-sama mantapkan tindakan kita untuk pastikan dapat capai sasaran menurunkan kes,” ujarnya ringkas selepas diberi ucapan oleh seorang wakil media.

Terdahulu pada Selasa pagi, kata kunci #HappyBirthdayDGHisham turut menjadi trending di laman Twitter.

Malah, figura kesayangan ramai yang dilahirkan di Sepang, Selangor itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah atas ulang tahun berkenaan di media sosial. – mStar Online

Tags: Covid-19Dr Noor Hishamhari lahirKKMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd