• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Adalah Antara Yang Terbaik Di Dunia!”

oleh
21/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGI tadi saya mengadakan sidang video bersama petugas kesihatan dari Hospital Sungai Buloh, yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Kuldip Kaur a/p Prem Singh. 

Turut sama Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr Yasmin Mohamed Gani serta tujuh anggota perubatan di pelbagai peringkat yang terlibat dalam memerangi wabak COVID-19 di hospital itu. 

Alhamdulillah. Mereka semua kelihatan ceria, sihat dan bersemangat untuk terus bekerja membasmi penularan COVID-19. 

Mereka semua bersama ribuan petugas di seluruh negara adalah wira negara. Wira yang tak didendang. ‘Unsung heroes’ yang bekerja keras sejak dari awal wabak ini dikesan. Pengorbanan mereka cukup besar dan tidak ternilai harganya. 

Saya bagi pihak kerajaan telah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan cemerlang yang ditunjukkan mereka sehingga wabak ini mampu ditangani dengan baik. 

Mereka sanggup mengambil risiko berdepan sesuatu yang cukup asing, yang tidak pernah mereka tangani sebelum ini. 

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Situasi terkini perkembangan kes COVID-19 di dalam negara yang menunjukkan trend penurunan adalah hasil peranan yang dimainkan petugas kesihatan serta semua anggota barisan hadapan seperti PDRM, ATM, RELA, JPAM dan pelbagai agensi lain termasuk para sukarelawan yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing. 

Saya gembira mendengar yang mereka kini sudah ada masa untuk bertemu ahli keluarga. Terima kasih kepada semua ahli keluarga mereka kerana memahami dan merestui para ‘frontliners’ bertugas.

Saya dimaklumkan sendiri bahawa bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) di hospital kini mencukupi berbanding pada peringkat awal kes COVID-19 dikesan dahulu.

Saya sampaikan kepada mereka yang dunia kini mengiktiraf keupayaan negara dalam menangani penularan COVID-19. Ini semua adalah kerana peranan yang dimainkan oleh mereka dan semua barisan hadapan dalam menjayakan langkah yang diambil kerajaan. 

Kita adalah antara yang terbaik di dunia! Namun saya ingatkan perjuangan belum berakhir. Masih banyak yang perlu kita lalui.

Saya mendoakan semoga mereka terus melakukan yang terbaik dalam usaha menamatkan pandemik COVID-19 di negara kita.

Terima kasih banyak atas pengorbanan yang diberikan.

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin

Tags: Covid-19hospital sungai bulohMuhyiddin Yassinpetugas kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd