• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah RM7.5 Juta Dirampas Sepanjang PKP

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima sindiket pengedaran dadah berskala besar dapat ditumpaskan di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga semalam, membabitkan dadah bernilai lebih RM7.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata pemantauan pihaknya mendapati trend pengedaran dadah agak perlahan pada fasa pertama PKP, namun keadaan berubah apabila PKP memasuki fasa kedua.

“Kita percaya ini kerana pada fasa pertama PKP, sindiket masih mempunyai stok-stok dadah lama dan bila masuk fasa kedua, aktiviti pengedaran dadah berskala besar mula kembali kerana wujudnya permintaan.

“Sepanjang tempoh antara 10 April hingga 13 April, kita menumpaskan lima sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan dua kes di Pulau Pinang, dan masing-masing satu kes di Selangor, Perak dan Kuala Lumpur dengan jumlah rampasan lebih RM5 juta,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Di Selangor, dalam satu serbuan di Kuala Selangor merampas 71 kilogram (kg) syabu dan 11.6kg pil Erimin 5 dianggarkan bernilai RM3.5 juta serta menahan enam anggota sindiket.

“Kes pertama di Pulau Pinang membabitkan serbuan di tiga lokasi iaitu di Seberang Jaya, Butterworth dan Simpang Ampat, di mana kita menahan lima suspek dan merampas 6kg pelbagai dadah iaitu ganja, syabu, Erimin 5 dan ketamin dianggarkan bernilai RM56,000.

“Dalam serbuan kedua di Bayan Lepas pula, kita menahan seorang lelaki dan merampas 4.5kg heroin dan 1.5kg asas heroin, 66kg syabu, 3,300 pil Erimin 5 serta 2,500 liter air ketum, semuanya dianggarkan bernilai lebih RM700,000,” katanya.

Untuk kes di Taiping, Perak, katanya polis merampas lebih 20kg heroin dan menahan dua lelaki selain sitaan harta bernilai RM90,000.

Kes kelima di Kuala Lumpur, membabitkan rampasan dadah 12kg ketamin yang disorok dalam kotak-kotak kismis dianggarkan bernilai RM540,000.

Siasatan awal mendapati kotak kismis digunakan sindiket ini sempena kedatangan bulan Ramadan bertujuan mengelak dikesan pihak berkuasa.

Secara keseluruhan, sebanyak 3,085 kes pengedaran dadah dilaporkan sepanjang tempoh PKP berlangsung membabitkan 3,923 tangkapan di seluruh negara.

Seramai 208 suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas sepanjang PKP daripada Fasa 1 hingga semalam dianggarkan sebanyak RM7.5 juta,” katanya.

Selain itu, polis turut menyita pelbagai harta benda suspek antaranya kereta, motosikal dan barang kemas dianggarkan bernilai RM1.1 juta. – BH Online

Tags: pengedaran dadahperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas

4 Pengedar Dadah Tersungkur, Dadah RM4.3 Juta Dirampas

20/07/2023
0

JOHOR BAHRU – Tindakan licik sindiket pengedaran dadah membungkus pelbagai jenis dadah dalam pek jus minuman dan teh terbongkar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd