• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Covid-19 Di Singapura 1,175 Dalam Dua Hari

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kes-kes jangkitan Covid-19 meningkat mendadak di Singapura sejak dua hari lalu apabila Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 728 kes positif Covid-19 setelah merekodkan 447 kes sehari sebelum itu.

Ini bermakna dalam dua hari sahaja Singapura mencatatkan pertambahan sebanyak 1,175 kes dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 di republik ini melonjak kepada 4,427 kes.

Bagaimanapun, sebahagian besar kes yang dilaporkan semalam, iaitu sebanyak 81 peratus (654 kes), dikenal pasti sebagai kluster asrama pekerja asing manakala 26 kes baharu melibatkan rakyat asing pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sebanyak 48 kes lain yang dilaporkan merupakan kes-kes jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan, lapor portal berita Channel News Asia.

Singapura mempunyai populasi sebanyak 5.7 juta orang termasuk 1.7 juta pekerja asing.

Negara ini melaporkan kes pertama Covid-19 pada 23 Januari 2020.

Pada 3 April, pemerintah mengumumkan satu set langkah-langkah pencegahan ‘pemutus litar’ untuk membendung wabak itu yang bermula di Wuhan, China sejak November 2019.

Pandemik itu telah menjangkiti 2.2 juta orang di 185 negara di seluruh dunia dengan 142,700 kematian dan jumlah korban di Singapura hanya 10 orang setakat ini.

Akhbar Berita Harian Singapura melaporkan, Kementerian Kesihatan juga telah mengenal pasti lima kluster jangkitan baharu, empat merupakan asrama di 23 Kaki Bukit Road 3, 180 Woodlands Industrial Park E5, 34 Mandai Estate dan 17 Sungei Kadut Street 4.

Baki satu kluster jangkitan adalah bangunan Grandwork Building di 7, Sungei Kadut Street 3. – Agensi

Tags: koronaviruspandemik COVID-19Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd