• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

119 Pulih, 1 Kematian, 110 Kes Baharu COVID-19

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar pesakit yang pulih daripada wabak COVID-19 di Malaysia melebihi kes positif baharu, memasuki hari ketiga berturut-berturut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 119 kes disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19 hari ini dan dibenarkan pulang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada wabak itu adalah 2,766 kes atau 53.4 peratus.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, katanya, sebanyak 110 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 5,182 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,332 kes. Mereka diasingkan dan diberikan rawatan.

“Hingga kini, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana daripada jumlah itu sebanyak 29 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat satu lagi kematian baharu akibat wabak Covid-19, setakat 12 tengah hari ini.

Secara keseluruhan angka korban bertambah kepada 84 kes iaitu 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-84 (kes ke- 4,711) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung serta darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9 April dan disahkan meninggal dunia pada 12.55 tengah hari tadi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd