• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politikkan Penahanan 17 Warga Malaysia Di India

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIMBALAN Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar meminta supaya penahanan 17 jemaah tabligh warga Malaysia di India tidak dipolitikkan atau dikaitkan dengan isu agama.

Menurutnya, Wisma Putra sedia maklum mengenai penahanan berkenaan dan dalam proses mengenalpasti permasalahan serta mendapatkan cerita sebenar di sebalik apa yang berlaku daripada kerajaan India.

“Kita ambil berat dan pastikan mereka dilayan dalam keadaan baik. Saya harap jangan ada mana-mana pihak mempolitikkan isu apatah lagi mengaitkan dengan isu keagamaan. Ia bukan saja menimbulkan salah faham tetapi boleh merumitkan rundingan yang sedang diusahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live di Wisma Putra, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurut Kamarudin, dalam konteks penyalahgunaan, 17 rakyat Malaysia terbabit ditahan mengikut tiga akta.

“Pertama adalah National Disaster Management Act 2005, Foreigners Act 1946 dan Indian Penal Code (IPC).

“Justeru, kita nasihatkan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa patuh dengan peraturan di negara mereka diami,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju memberi bantuan peralatan dan perubatan kepada rakyat Bosnia Herzegovina yang terkesan menerusi Misi Kemanusiaan Bosnia.

“Bantuan itu sudah dihantar menerusi pesawat Air Asia dan tiba jam 10.30 malam waktu tempatan, semalam.

“Menerusi perbualan dengan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawat, kerajaan Bosnia menzahirkan penghargaan.

“Mereka bersetuju memberi bantuan ubat anti malaria bagi menangani pandemik Covid-19,” katanya.

Selain Bosnia Herzegovina, Kamarudin berkata, Malaysia juga akan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin sebagai tanda prihatin dengan cabaran dihadapi rakyat di negara itu.

“Perdana Menteri menerima panggilan daripada Presiden Palestin, Mahmud Abbas pada 6 April lalu dan mereka saling bertukar pandangan serta berkongsi maklumat.

“Palestin minta bantuan Malaysia dan atas dasar hubungan erat, kementerian dengan kerjasama agensi berkaitan sedang menyelaraskan bentuk bantuan boleh dihulurkan kepada saudara di Palestin,” katanya. – myMetro Online

Tags: AgamaIndiajemaah tablighpandemik COVID-19warga malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd