• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kertas Siasatan Kes Rogol Wanita Mongolia

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan itu dibuat secara berasingan iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom).

“Suspek kini masih ditahan reman selama lima hari. Kita juga akan menyiasat dakwaan kedua-dua belah pihak termasuk dakwaan mengadakan seks secara sukarela,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan, dua warga Mongolia dipercayai dirogol seorang pegawai polis berpangkat inspektor selepas mengurungnya di sebuah bilik hotel, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal memaklumkan, kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dikurung di dalam sebuah bilik hotel selepas ditahan ketika sekatan jalan raya.

Polis menerima maklumat pada jam 9.30 malam, sebelum satu operasi menyelamat dilakukan dan berjaya menyelamatkan kedua-dua wanita berkenaan.

Nik Ezanee berkata, hasil daripada siasatan dan keterangan yang diambil dari kedua-dua mangsa, seorang pegawai polis ditahan pada hari sama. – Sinar Harian

Tags: kes rogolpegawai poliswanita mongolia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd