KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menerima secara berperingkat kemasukan warga Malaysia dari Singapura bagi membolehkan persediaan rapi dilakukan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu ditetapkan dalam rundingan antara Kementerian Sumber Manusia kedua-dua negara.
MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK
“Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah berunding dengan Kementerian Sumber Manusia Singapura dan jika hendak benarkan pekerja Malaysia pulang, ia akan dilakukan secara berperingkat.
“Misalnya, ada 20,000 orang, kita akan uruskan mereka dari segi kemasukan… mungkin 250 hingga 300 orang satu hari supaya kita boleh bersedia dari segi pusat kuarantin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini. – BH Online

