• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berubah, MPKK Pun Berubah

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMATAN perkhidmatan jawatan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Perak adalah selaras dengan peralihan pentadbiran kerajaan negeri kerana ia adalah lantikan politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau menegaskan mengikut kelaziman, mana-mana lantikan politik perlu melepaskan jawatan mereka jika berlaku peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

“Ia tidak harus dipersoalkan. Mereka sepatutnya letak jawatan tanpa perlu kita (kerajaan negeri) lepaskan (tamatkan perkhidmatan mereka),” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM111,000 daripada Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei di Perak dan RM50,000 daripada Ladang Moccis Sdn Bhd bagi Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Ahmad Faizal mengulas kenyataan beberapa wakil rakyat pembangkang yang mengkritik penamatan perkhidmatan MPKK ketika negara berdepan wabak Covid-19.

Peralihan pentadbiran kerajaan negeri Perak berlaku selepas Perikatan Nasional yang dianggotai Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO dan PAS serta Bersatu setuju membentuk kerajaan setelah mendapat sokongan 32 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebelum itu, Perak dipimpin Pakatan Harapan.

Ahmad Faizal berkata, semua pengerusi MPKK yang akan tamat perkhidmatan berkuat kuasa pada akhir April ini sewajarnya terus membantu proses menyampaikan bantuan kepada rakyat dalam menghadapi penularan wabak Covid-19.

“Sewaktu penularan Covid-19 ini, perlu terus bagi perkhidmatan tidak kira MPKK atau bukan. Perikatan Nasional berpandangan sesiapa juga daripada parti mana, pertubuhan bukan kerajaan …kalau bagi maklumat mengenai rakyat yang perlukan bantuan, kerajaan akan bagi bantuan,” katanya.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata, bagi membantu pengerusi MPKK yang menghadapi kesukaran ketika penularan Covid-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan negeri telah memberikan elaun khas sekali bayar sebanyak RM500 kepada mereka.

Tags: kerajaan negeri Peraklantikan politikMPKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jangan Letak Lantikan Politik Dalam IPCC’

‘Jangan Letak Lantikan Politik Dalam IPCC’

14/12/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berharap pelaksanaan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tidak...

MPKK Larang Jual Minuman Keras Di Kawasan Majoriti Islam

31/12/2021
0

Kuala Kangsar : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di semua kedai serbaneka di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd