• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Sertai Sidang Kemuncak Khas ASEAN, Bincang COVID-19

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Sidang Kemuncak Khas ASEAN mengenai COVID-19 menerusi persidangan video esok (14 April).

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata sidang kemuncak itu turut disertai semua pemimpin negara ASEAN bersama Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi, dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam merangkap Pengerusi ASEAN, Nguyễn Xuân Phúc.

“Sidang kemuncak itu akan membincangkan mengenai usaha bersepadu ASEAN dalam memerangi COVID-19 dan mengenai persediaan menghadapi wabak yang telah menjejaskan ribuan rakyat ASEAN.

“Sidang kemuncak itu dijangka menerima Deklarasi Sidang Kemuncak Khas ASEAN mengenai COVID-19,” kata kenyataan itu.

Memetik kenyataan itu lagi, pada sebelah petang hari sama Muhyiddin akan menyertai Sidang Kemuncak Asean Campur Tiga mengenai COVID-19, juga melalui persidangan video.

Ia akan turut disertai semua pemimpin negara anggota ASEAN dan tiga negara China, Jepun, dan Korea Selatan selain Lim dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Semasa sidang kemuncak itu, para pemimpin negara anggota ASEAN dan ASEAN Campur Tiga akan bertukar pandangan serta mencari kaedah bagaimana bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan untuk menangani pandemik COVID-19.

“Sidang kemuncak berkenaan dijangka mengeluarkan Pernyataan Bersama Sidang Kemuncak Khas ASEAN Campur Tiga mengenai COVID-19,” tambah kenyataan itu.

Tags: Covid-19Muhyiddin Yassinsidang kemuncak ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd