• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes 1MDB Najib Ditangguh Ke 29 April

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan sekali lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, berkata perbicaraan itu yang sepatutnya bersambung Rabu ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, telah ditangguhkan ke 29 April, berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah itu sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan pada Mac iaitu 2-13 Mac, 19-20, 23-27 dan 30-31, pada 1-30 April dan Mei iaitu 4-8 dan 11-22 termasuk hari Jumaat. 

Tarikh lain perbicaraan yang ditetapkan adalah pada sepanjang bulan Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober, termasuk Jumaat.

Apabila perbicaraan itu bersambung semula, pasukan pembelaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka meneruskan pemeriksaan balas ke atas saksi kesembilan pihak pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang telah memberi keterangan sejak 23 September tahun lepas.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

‘Melayu Menolak 1MDB Dan Rasuah’ – PN Johor

06/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali diungkap menjelang...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd