• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinggal Mayat Kekasih Di Garaj Kerana Panik

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang remaja lelaki yang panik bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa di Felda Keratong 10, Rompin, selepas mereka terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azari Miskon berkata mayat mangsa dijumpai oleh datuk mangsa sekitar 10 pagi tadi, semasa hendak meletakkan kenderaan pacuan empat roda miliknya di garaj itu. 

Datuk mangsa difahamkan keluar daripada kenderaan untuk memeriksa ‘bungkusan’ yang ditutup menggunakan kain pelekat, yang apabila dibuka, melihat cucu perempuannya berusia 17 tahun dalam keadaan berlumuran darah. 

“Siasatan awal terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa mereka keluar berjalan-jalan sekitar 3.30 pagi dengan menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar seekor kerbau di tengah jalan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3. 

“Teman lelaki mangsa mendakwa kemalangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana parah di kepala dan paha manakala dirinya hanya cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Azari berkata teman lelaki mangsa yang tinggal di Felda Keratong 5 mendakwa telah membawa mangsa pulang dan terus beredar dari lokasi kejadian selepas meletakkan mangsa di situ kerana takut dimarahi keluarga mangsa. 

Keluarga mangsa pula mendakwa mereka tidak menyedari kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu kerana beranggapan mangsa masih tidur di tingkat atas rumah berkenaan. 

Katanya, remaja lelaki itu telah ditahan bagi siasatan lanjut dan mayat mangsa yang belum disahkan waktu kematian dihantar ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat. 

Tags: Felda Keratongkemalangan mautMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd