• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 3 Daerah Di Semenanjung Bebas Covid-19

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas seminggu Semenanjung mengekalkan empat daerah bebas Covid-19 namun kini bilangan tersebut hanya tinggal tiga apabila Kampar, Perak menjadi daerah terbaru dijangkiti wabak tersebut.

Ia menjadikan hanya Machang, Yan dan Hulu Terengganu kekal sebagai zon hijau di Semenanjung.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan bertarikh 12 April, Kampar merekodkan dua kes positif.

Bagaimanapun lapan daripada 11 daerah negeri itu masih berada di bawah kategori zon kuning dengan bilangan positif satu hingga 20 kes.

Kinta (93 kes) dan Hilir Perak (64 kes) masing-masing masih diisytiharkan sebagai zon merah manakala Manjung diletakkan dibawah zon jingga selepas merekodkan peningkatan kepada 22 kes.

Lembah Pantai masih merekodkan daerah tertinggi dengan 496 kes positif Covid-19 namun Selangor mencatatkan negeri tertinggal bilangan positif iaitu 1,236 kes.

Kepulauan Borneo masih mengekalkan tiga daerah zon merah iaitu Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak serta Tawau Sabah.

Sebanyak 12 daerah di Sarawak diletakkan di bawah kategori zon kuning selepas merekodkan satu hingga 20 kes manakala sebanyak 17 daerah yang sebahagian besarnya di pedalaman masih bebas daripada jangkitan Covid-19.

Di Sabah pula, lapan daripada 25 daerah bebas wabak berkenaan dan selebihnya diletakkan di bawah zon kuning.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, 4,683 kes positif direkodkan di seluruh Malaysia manakala daripada jumlah itu, 2,108 telah pulih. – Sinar Harian

Tags: Covid-19CPRCKKMkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd