• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 6, Diploma Dan Setara Dapat RM200

oleh
12/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bantuan wang tunai ‘one-off’ RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam, diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran itu akan dilakukan hujung bulan ini.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian bantuan itu kepada setiap pelajar sepenuh masa IPT meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

“Bagaimanapun Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan itu diperluaskan dengan peruntukan dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

“Kementerian yang terbabit akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak dari Mei kepada hujung April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban dihadapi pelajar IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semoga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan RM200 kepada pelajar IPT sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19. – BH Online

Tags: bantuan wang tunaiDiplomaPelajar IPTpelajar tingkatan 6
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

17/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd