• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPD Simpang Renggam Dilanjut Sehingga 14 April

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor dilanjutkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di daerah berkenaan yang sepatutnya tamat hari ini akan dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Menurutnya, keputusan perlanjutan tempoh perintah itu dicapai dalam mesyuarat hari ini susulan terhadap beberapa perkara yang masih belum diselesaikan.

“Kita setuju sambung empat hari lagi untuk selesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dua kampung di daerah Simpang Renggam dikenakan PKPD bermula sejak 27 Mac lalu susulan jumlah kes yang tinggi di kawasan berkenaan.

PKPD membabitkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid dengan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 keluarga.

Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, beliay berkata, sebarang keputusan membabitkan PKPD termasuk dakwaan terdapat sebuah kampung di Rembau, Negeri Sembilan yang akan dikenakan arahan sama hanya dibuat selepas penilaian dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebarang keputusan untuk PKPD akan diperhalusi oleh KKM dan kerajaan akan tunggu laporan sebelum sebarang keputusan dapat dibuat,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanSimpang Renggam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

26/10/2025
0

Johor Bahru : Ibu dan anak lelakinya maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65,...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd