• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Haiwan Peliharaan Digesa Tingkatkan Kebersihan

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa pemilik haiwan peliharaan meningkatkan tahap kebersihan diri yang optimum bagi mengelakkan dijangkiti koronavirus (Covid-19) daripada binatang berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, pihaknya dihujani banyak persoalan mengenai jangkitan Covid-19 terhadap haiwan dan binatang peliharaan.

“Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya (haiwan) sekiranya tidak dapat menjauhkan diri darinya,” katanya.

Menurutnya, KKM akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk nasihat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Bagi pencinta haiwan, haiwan peliharaan dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

“Sekiranya kita tidak dapat menjauhkan diri dari haiwan dan binatang peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan diri setiap masa termasuk ketika bersentuhan dengan haiwan dan binatang peliharaan,” katanya.

Semalam, BBC News melaporkan Harimau Malaya betina berusia empat tahun yang ditempatkan di Zoo The Bronx, disahkan Covid-19.

Haiwan diberi nama Nadia itu dipercayai mendapat jangkitan virus itu daripada penjaga di zoo berkenaan.

Sebelum ini, terdapat dua kes positif Covid-19 melibatkan anjing peliharaan di Hong Kong selepas pemiliknya disahkan positif wabak berkenaan.

Jangkitan itu mewujudkan kebimbangan bahawa manusia akan dijangkiti wabak itu melalui haiwan peliharaan mereka. – Sinar Harian

Tags: Covid-19haiwan peliharaankebersihanKKMkoronavirus
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd