• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jangkitan Covid-19 Hingga Generasi Ke-5

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, perhimpunan besar-besaran sememangnya memberi impak mendadak dalam peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

Menurutnya, hasil siasatan terhadap beberapa kes dan kluster Covid-19, KKM ingin memaklumkan mengenai dua kluster yang didapati berkait rapat dengan perhimpunan itu.

“Pertama, persidangan keagamaan di gereja selama tiga hari yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Setakat ini, seramai 83 orang disahkan positif Covid-19 daripada kluster ini membabitkan dua kematian (kes ke-358 dan kes ke-2471), lima kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), 50 kes sedang dirawat di hospital, 25 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin dan satu kes discaj telah pulih sepenuhnya.

“Kedua, majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana merupakan satu kluster jangkitan Covid-19 yang kemudiannya membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. Sehingga 6 April, 88 kes telah disahkan positif Covid-19 daripada kluster ini, termasuk satu kes dirawat ICU.

“Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini. Kedua-dua kluster ini membabitkan jangkitan Covid-19 sehingga generasi ke-5,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac adalah bertepatan bagi memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

“Walau bagaimanapun setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha mengekang Covid-19 ini berjaya.

“Masyarakat juga diseru untuk mengelak daripada mempersalahkan atau mendiskriminasi mana-mana pesakit atau kumpulan yang dikaitkan dengan kluster jangkitan Covid-19. Janganlah kita stigmakan mereka. Apa yang penting, adalah kita membantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka yang terbabit, keluarga dan kontak mereka,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMPerhimpunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd