• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sertai Kaji Selidik Uji Ubat Rawat Covid-19

oleh
06/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kaji selidik Solidariti dilancarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menyaksikan penglibatan Malaysia dalam usaha antarabangsa untuk menguji beberapa ubat dalam merawat koronavirus (Covid-19).

Kaji selidik diselaraskan WHO di seluruh dunia itu adalah satu usaha julung kali dilakukan bagi mengumpul data boleh dipercayai dan membandingkan keselamatan serta keberkesanan empat protokol rawatan menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyegerakan proses pelaksanaan kaji selidik ubat untuk merawat pesakit Covid-19 yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, sebanyak sembilan hospital akan terlibat iaitu Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth.

“Penyelidikan ini akan diketuai Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Dr Chow Ting Soo di Hospital Pulau Pinang dengan pasukan terdiri daripada 16 Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan ahli farmasi sebagai penyelidik bersama di hospital-hospital KKM masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KKM memberi jaminan bahawa kaji selidik tersebut akan mematuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Penyertaan Malaysia dalam kaji selidik sedunia ini dapat membantu pencarian ubat menyelamatkan nyawa mangsa Covid-19 melalui penilaian keselamatan dan keberkesanannya,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau menambah bahawa Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM dan Clinical Research Malaysia (CRM) akan membantu memudahkan pelaksanaan inisiatif kajiselidik WHO di Malaysia.

Sementara itu, Ketua misi dan wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Ying-Ru Lo berkata, pandemik global menjejaskan lebih 180 negara dan salah satu ubat-ubatan itu adalah harapan terbaik untuk merawat mereka dijangkiti Covid-19.

“Inilah peluang kita sebagai sebuah komuniti global untuk menentang gelombang pandemik ini.

“Malaysia akan menjadi rakan kongsi yang penting dalam kaji selidik ini untuk menilai rawatan yang berpotensi yang lebih berkesan dan menyelamatkan nyawa dalam pertempuran global untuk melawan virus ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMkoronavirusubatwho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd