• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PKP Lanjut Atau Tak Ditentukan 10 April Ini

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau sebaliknya pada 10 April ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan menggunakan data kes yang direkodkan dalam tempoh itu sebagai garis panduan untuk tindakan selanjutnya.

“Kita harap menjelang 10 April, data (kes) sudah ada untuk kita buat keputusan sama ada melanjutkan PKP atau sebaliknya.

“Kita memerlukan data untuk membuat keputusan. Saya boleh membuat jangkaan tetapi realitinya kita perlu melihat kepada fakta dan sains,” katanya pada sidang akhbar harian di KKM di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian yang diterajuinya itu telah membuat keputusan sama ada PKP akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kebimbangan ketika ini ialah melibatkan kes import berikutan kepulangan pelajar dan rakyat Malaysia yang melancong di luar negara.

“Ini merupakan cabaran kepada kita (KKM) jika berlaku gelombang kes import kerana mereka yang pulang ke negara kemungkinan membawa wabak itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd