• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Auto Debit Bayaran Pinjaman Bank Sepatutnya Tak Berlaku

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman perbankan selari dengan penangguhan bayaran dilakukan oleh institusi perbankan sepanjang enam bulan akan datang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, moratorium itu berlaku secara automatik seperti yang diumumkan dan penangguhan perlu dibuat dalam tempoh itu.

“Penangguhan automatik..sepatutnya (direct debit) tidak berlaku.

“Patut ditangguhkan namun pihak bank tidak berbincang dengan kementerian,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes peminjam yang masih dikenakan pemotongan pinjaman perbankan secara auto debit melalui akaun bank.

Isu berkenaan tular di media sosial apabila ramai pengguna perbankan dalam talian CIMB yang tampil mendedahkan terdapat transaksi wang secara automatik.

Selain transaksi bagi komitmen pembayaran bayaran pinjaman bank yang dibuat, terdapat juga dakwaan berlaku transaksi tidak sah yang tidak diketahui puncanya.

Bagaimanapun CIMB dalam satu kenyataan di Facebook rasmi hari ini berkata, transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan.

“Insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.

“Bagaimanapun, transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’ menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan kami,” katanya.

Bank berkenaan turut memohon maaf di atas kekeliruan dan akan menghubungi pelanggan terbabit secara langsung. – Sinar Harian

Tags: auto debitbayaran pinjamanCIMBpinjaman perbankan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Moratorium Bersasar Lebih Sesuai

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan moratorium bersasar lebih bersesuaian berbanding moratorium automatik kerana menepati keperluan situasi kewangan peminjam untuk menguruskan aliran...

Peminjam Diberi 2 Pilihan Bayar Balik Pinjaman

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 dan perusahaan mikro dengan pinjaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd