• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paras Air Empangan Di Gemencheh Kritikal

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Paras air Empangan Gemencheh kini berada pada tahap kritikal apabila turun kepada 93.85 meter, sedangkan paras kritikal 95 meter dan paras minimum 86 meter.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelan jangka pendek antaranya membeli air terawat daripada Syarikat Air Melaka Bhd bagi mengatasi krisis air ini.

“Empangan lain di negeri ini berada pada paras yang baik. Hanya Empangan Gemencheh sahaja yang terjejas kerana empangan tersebut tidak menerima air yang secukupnya untuk dirawat,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) juga telah melaksanakan pelan jangka pendek iaitu membuat catuan air berjadual kepada penduduk di sekitar Tampin dan Rembau bermula hujung tahun lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh SAINS, Empangan Sg Terip mencatatkan jumlah takungan sebanyak 100.98 meter, Kelinchi 201.68 meter, Talang (Ulu Muar) 145.65 meter, Sg Beringin 135 meter, Ulu Sepri 135 meter dan Teriang 182.15 meter. – BERNAMA

Tags: empangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Dipantau

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras takungan air mentah di semua empangan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd