• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Menentang COVID-19

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka untuk bertindak menentang pandemik COVID-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 buah negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesaian COVID-19 untuk kawasan kekurangan sumber di mana virus itu boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh dan menyebabkan kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole; dan Saintis Kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Dalam ulasan yang disiarkan dalam jurnal antarabangsa – The Lancet, hari ini berkata ahli gabungan menyuarakan pandangan bahawa kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa diperlukan segera untuk menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur, dan beberapa negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin buruk dan mempercepat penyelidikan yang disesuaikan dengan keadaan sumber yang terhad, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa walaupun kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dinamakan ‘Solidarity Trial’ telah dilancarkan, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 percubaan klinikal COVID-19 yang didaftarkan, percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis berkenaan mahu berkongsi kepakaran teknikal dan keupayaan percubaan klinikal untuk mempercepat penyelidikan COVID-19 dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.

DNDi berkata gabungan itu akan mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap COVID-19.

“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini, yang menggunakan kesempatan daripada kepakaran multinasional dan multidisiplin yang sedia ada dalam menjalankan ujian klinikal dalam keadaan kekurangan sumber.

“Walaupun pusat penularan ini hari ini di tempat lain, kita mesti bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kesan pandemik ini dalam keadaan lebih banyak sumber terkawal atau kita akan kehilangan banyak nyawa,” katanya dipetik oleh kenyataan itu.

Ahli gabungan itu turut menyeru komitmen khusus untuk memastikan akses, supaya rawatan baharu yang berkesan disediakan secepat mungkin dalam keadaan kekurangan sumber dan dengan harga yang berpatutan serta mudah diakses.

Tags: Dr Noor Hishampandemik COVID-19saintis dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

19/04/2023
0

PUTRAJAYA : Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah...

Kalau PAC Sudah Beri Komen, Selesailah – Dr Noor Hisham

Kalau PAC Sudah Beri Komen, Selesailah – Dr Noor Hisham

15/02/2023
0

Subang : Kredibiliti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerusi penerbitan laporan isu perolehan vaksin Covid-19 yang sepatut dipersoalkan dan bukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd