• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negatif COVID-19 Bukan Bermakna Tiada Risiko Jangkitan

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu yang menjalani ujian saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif bukan bermakna mereka ‘negatif’ kepada wabak itu selama-lamanya, kata Pakar Perubatan Keluarga Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Zienna Zufida Zainol Rashid. 

Beliau berkata, sekiranya mereka terdedah kepada situasi berisiko wabak COVID-19, individu berkenaan masih boleh berpotensi untuk dijangkiti.

“Pada masa dia disahkan negatif itu, selepas tarikh tersebut jika dia masih terdedah kepada risiko seperti jumpa pesakit COVID-19 atau pergi perhimpunan ramai yang mana disahkan terdapat pesakit COVID-19… dalam situasi itu dia boleh mendapat semula (jangkitan). 

“Maksudnya sekali ujian tidak bermakna dia negatif selama-lamanya,” katanya ketika bersiaran secara langsung di Facebook KKM dengan topik ‘Kenali COVID-19’ hari ini.

Siaran langsung, yang turut disertai Pakar Perubatan KKM Dr Aizuniza Abdullah, bertujuan menjawab kemusykilan yang diutarakan berkaitan wabak COVID-19 oleh warganet. 

Sehubungan itu, Dr Zienna Zufida berkata adalah amat penting untuk mengamalkan kaedah pencegahan seperti kerap membasuh tangan, mengamalkan jarak sosial dan duduk di rumah bagi membendung penularan wabak, sekaligus memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sementara itu, mengenai dakwaan yang tular bahawa vitamin C boleh mencegah COVID-19, Dr Zienna Zufida berkata setakat ini tiada kajian yang boleh membuktikan perkara itu.

“Secara amnya vitamin C boleh dimakan untuk tambahan zat makanan tapi bukan untuk mencegah COVID-19. Itu tiada apa-apa bukti kajian,” katanya. 

Tags: Covid-19Kementerian KesihatanKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd