• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Dibenarkan Beroperasi Ketika PKP Kedua

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan sektor yang dibenarkan beroperasi susulan pewartaan PU (A)112 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) (Pindaan) 2020.

Turut diperjelaskan beberapa pertanyaan lazim selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki fasa kedua.

1. Apakah terdapat sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) susulan pewartaan PU(A) 112 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) (Pindaan) 2020?

Susulan pewartaan PU(A)112 yang berkuat kuasa pada 3 April 2020, senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi semasa PKP Fasa Dua adalah seperti berikut:

1. Makanan

2. Air

3. Tenaga

4. Komunikasi dan Internet

5. Keselamatan dan Pertahanan

6. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pembetungan

7. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan termasuk Penokok Diet

8. Perbankan dan Kewangan

9. E-dagang

10. Pengangkutan melalui darat, air atau udara

11. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan ‘laiter’, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi.

12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

13. Hotel dan penginapan

14. Apa-apa perkhidmatan atau kerja yang ditentukan oleh Menteri sebagai penting bagi atau kritikal kepada kesihatan atau keselamatan awam

15. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

2. Begitu juga halnya dengan perkhidmatan stesen minyak. Adakah semua perkhidmatan ini tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP Fasa Dua?

Kesemua perkhidmatan perlu (essential services) yang disenaraikan semasa PKP masih dibenarkan beroperasi tetapi waktu operasinya diperketatkan.

Beberapa perkhidmatan yang tidak tersenarai telah dikategorikan dalam kategori baharu sebagai contoh; penyiaran, pos, media dikategorikan dalam kategori Komunikasi.

Manakala bomba, penjara, imigresen dan kastam adalah dalam kategori Perkhidmatan dibenar beroperasi ketika PKP 2 Keselamatan dan Pertahanan.

Bagi perkhidmatan stesen minyak pula, ia adalah di bawah kategori tenaga.

Tags: Majlis Keselamatan Negaraperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Akan Main Peranan Proaktif Selesaikan Konflik Di Asia Barat – MKN

Malaysia Akan Main Peranan Proaktif Selesaikan Konflik Di Asia Barat – MKN

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia akan memainkan peranan proaktif untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik di Timur Tengah yang telah berlangsung selama...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd