• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Jerit ‘Idiot’ Terhadap Anggota Polis Didakwa

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGURUS jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam pada 31 Mac lalu.

Tertuduh, Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Halim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika sekatan jalan raya Op Covid-19 penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada 31 Mac, jam 9.40 pagi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata ‘idiot’.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100.

Manakala pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan supaya tertuduh dibenarkan wang jamin RM1,000.

Bagaimanapun peguam bela, Suraj Singh meminta mahkamah supaya mengurangkan jumlah wang jaminan seringan-ringannya kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 saja.

Nurshahira membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei 2020 sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula. – myMetro Online

Tags: hina polisperintah kawalan pergerakanwanita cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Myanmar Hina Polis Di TikTok Didenda RM7,000

Lelaki Myanmar Hina Polis Di TikTok Didenda RM7,000

16/01/2025
0

AMPANG: Seorang lelaki warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengaibkan dengan cara menghina Polis...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd