• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizab Malaysia AS$103.396 Bilion Setakat Akhir Februari

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rizab Malaysia kekal tidak digunakan sehingga penghujung Februari 2020 dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$103.396 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset mata wang asing lain berjumlah AS$33.8 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, termasuk antaranya pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang berjumlah AS$5,298.6 juta,” kata bank pusat itu.

Kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$13,108.3 juta pada akhir Februari 2020 mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang, kata BNM dalam nota penerangan mengenai “Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Februari 2020” yang dikeluarkan hari ini.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2,560.4 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Bank pusat berkata, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun berjumlah AS$227.2 juta.

“Tidak ada sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” kata bank pusat.

Tags: Bank Negara Malaysiarizab malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd