• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasiliti Hospital Cukup Tangani COVID-19 – Muhyiddin

oleh
31/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin dengan keupayaan fasiliti yang disediakan, khususnya hospital untuk mengendalikan pesakit COVID-19 sekiranya penularan wabak terbabit terus meningkat.

Perdana Menteri berkata, selain hospital COVID-19, fasiliti disediakan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan (KKM) disifatkan mencukupi untuk menempatkan pesakit.

Beliau berkata, penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) juga antara langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak berkenaan.

“Hari ini saya melawat kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS yang dibina sebagai persediaan bagi menempatkan pesakit COVID-19 jika bilangan kes positif wabak ini terus meningkat.

“Ia mampu menempatkan sehingga 600 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dan usaha ini diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama enam pihak lain.

“Antaranya Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Raya,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik melalui akaun Facebook rasminya, hari ini.

Sambil meluangkan masa meninjau persiapan akhir itu, Muhyiddin menjelaskan antara perkhidmatan disediakan di pusat berkenaan ialah rawatan klinikal dan wad untuk pesakit COVID-19.

Katanya, ruang ‘resuscitation’ untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan, perkhidmatan ambulans, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan sinar X dan perkhidmatan makmal patologi turut disediakan.

“Kemudahan yang disediakan kepada pesakit termasuk katil, meja, kerusi, loker, televisyen, ruang legar, jalur lebar, komputer, surau, kamera litar tertutup (CCTV), tandas, ruang mandi, bilik persalinan dan ruang istirehat.

“Bagi anggota bertugas pula, pusat ini menyediakan kaunter jururawat, bilik rawatan dan kecemasan, ruang rehat anggota, bilik persalinan anggota dan ruang mandi termasuk ruang persalinan pakaian perlindungan persendirian, selain bilik mesyuarat dan seminar,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMMAEPSMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memotong peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM3.06 bilion...

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd