• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Khas RM200 Bukti Kerajaan Hargai Pasukan Keselamatan

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan tambahan yang diberikan kepada barisan hadapan seperti diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya sangat menghargai peruntukan itu, terutama ketika sukar dan kegawatan ekonomi.

“Kami memahami kekangan kewangan oleh kerajaan pada masa ini disebabkan kegawatan ekonomi namun mampu memberikan bantuan sebaik mungkin dalam usaha meringankan beban pasukan keselamatan dan rakyat.

“Kami bersyukur apabila ia (peruntukan kewangan) datang pada masa yang sukar ini,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Beliau berkata, pada masa sama, setiap pegawai dan anggotanya sentiasa komited dalam menjalankan tugas, terutama dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami akan melaksanakan tugas sebaik mungkin tanpa mengira waktu dan dalam apa juga keadaan.

“Slogan kami ‘Sedia Berkhidmat’, mendorong kita untuk berusaha sebaik mungkin dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej PRIHATIN termasuk elaun khas RM200 sebulan untuk anggota pasukan keselamatan negara. – BH Online

Tags: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyatpasukan keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Mohamaddin Singgung Keluarga ATM, PDRM

22/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 satu...

18 Anggota Keselamatan Terlibat Sindiket Jenayah Ditahan

18/06/2020
0

JOHOR BAHRU - Demi bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan, sekumpulan pegawai dan anggota pasukan keselamatan dipercayai sanggup menjual maklumat kepada sindiket...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd