• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota TLDM Dibicarakan Hari Ini Atas Kematian Rakan

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibicarakan selama tiga hari di Mahkamah Seysen di sini mulai hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang rakan mereka lebih setahun lalu.

Saksi pertama daripada sembilan saksi pendakwaan, jurugambar Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Labuan, Lans Korporal Nur Alimi Saadan memberitahu mahkamah pada 20 Dis 2013, beliau diarahkan mengambil tiga set gambar berjumlah 38 keping di tempat kejadian, termasuk lakonan semula perbuatan tertuduh Muhammad Zainrudin Nordin, 25, Mohd Hood Mad Hasib, 25 dan Muhammad Faidhi Zaini, 24 terhadap mangsa Asrup Raidin, 27 yang dipercayai menyebabkan kematiannya.

“Saya juga diarahkan untuk mengambil gambar latihan yang diberikan kepada mangsa di pulau tersebut,” katanya pada pemeriksaan utama yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Effizah Ernie Idris.

Tiga anggota TLDM itu dituduh menyebabkan kematian Asrup di Stesen Uniform TLDM di Pulau Terumbu Ubi, Labuan pada 7.36 malam, 3 Dis 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Nur Alimi berkata gambar-gambar yang diambilnya juga termasuk tempat di mana mangsa telah menghantukkan kepalanya di sebuah cermin sehingga berdarah, cermin pecah di mana mangsa dipercayai menghantukkan kepalanya, dan tempat di mana mangsa perlu melakukan terjunan ke dalam air menggunakan kepala dahulu.

Beliau turut memberitahu mahkamah antara gambar lakonan semula diambilnya ialah tertuduh Mohd Hood menekan bahu mangsa dari bahagian belakang ke dalam air, tertuduh Muhammad Faidhi menekan bahu mangsa dari bahagian depan ke dalam air, lokasi seorang saksi ketika melihat kejadian dan cara seorang saksi memberi bantuan pernafasan rawatan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa yang “berkemungkinan mendatangkan kecederaan pada bibir mangsa”.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Ram Singh, Nur Alimi berkata beliau diberitahu oleh pegawai penyiasat Inspektor Penyi Ak Ripis bahawa mangsa mati akibat lemas.

Pada satu cadangan oleh Ram, saksi tersebut berkata beliau tidak setuju tertuduh Mohd Hood masuk ke dalam air bersama mangsa dan bukan tertuduh menekan bahu mangsa ke dalam air semasa menjalani latihan dalam air pada hari kejadian.

Beliau juga tidak pasti sama ada tertuduh Muhammad Zainrudin berada di sebelah Mohd Hood ketika itu.

Ram: Saya katakan kepada kamu, semasa (tertuduh) Mohd Hood memberi latihan kepada mangsa dalam air pada 3 Dis 2013, (tertuduh) Muhammad Faidhi berada di atas bot.

Nur Alimi: Saya tidak pasti.

Ram: Saya katakan kepada kamu, semasa Muhammad Faidhi memberi latihan kepada mangsa dalam air pada 3 Dis 2013, (tertuduh) Muhammad Zainrudin berada berdekatan dengan Muhammad Faidhi.

Nur Alimi: Saya tidak pasti.

Kepada satu soalan lagi oleh Ram, Lans Korporal tersebut juga tidak pasti sama ada gigi mangsa kancing dan kejang serta mulutnya mengeluarkan buih ketika mangsa dikeluarkan dari air.

Perbicaraan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad itu bersambung esok. – BERNAMA

Tags: mahkamahTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd