• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Pertimbang Guna Favipiravir Rawat Pesakit COVID-19

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ubat itu, yang juga dikenali sebagai Avigan dan Fuhaikang, tidak didaftarkan di negara ini namun ia tertakluk kepada kelulusan KKM selepas meneliti kesan sampingannya.

“Kita (KKM) boleh luluskan. Bagaimanapun, ubat itu kita kena kaji sebab ada kesan sampingan. Jadi kita kena berhati-hati apabila kita gunakan ubat tersebut.

“Ia adalah ubat yang sama tetapi Avigan berasal dari Jepun manakala Fuhaikang dari China,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata sekiranya diluluskan kelak, pemantauan rapi ke atas pesakit perlu dijalankan bagi memastikan keberkesanan ubat antiviral itu.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa KKM memerlukan 800 alat bantuan pernafasan atau ventilator di hospital kerajaan dengan 500 khusus untuk kes COVID-19.

“KKM telah beli 229 unit ventilator, 54 unit telah diterima manakala 175 unit lagi masih dalam proses penghantaran yang kita jangka terima awal April ini,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata pihak swasta juga bersetuju meminjamkan 64 unit ventilator kepada KKM untuk kegunaan di hospital kerajaan yang memerlukan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi, peralatan perlindungan diri tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam dan keperluan makmal untuk saringan COVID-19.

Tags: Covid-19FavipiravirKKMubat antiviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd