• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki ‘Kenduri Kepala Kambing’ Mengaku Bersalah

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lelaki yang merakam video ‘kenduri kepala kambing’ sambil mempersendakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian di Langgar, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena, di sini, minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd Naim Md Isa, 49, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan prosiding menjatuhkan hukuman kepada 11 Mei ini bagi mendapatkan laporan penuh forensik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan fakta kes.

Justeru, mahkamah membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan hukuman berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Naim didakwa dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik iaitu ‘Kuarantin Kepala Bapak’ sebanyak dua kali dalam video berdurasi 57 saat dengan berniat mempertikai PKP yang berkuat kuasa 18 Mac lalu ekoran COVID-19.

Pautan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui aplikasi WhatsApp menerusi telefon miliknya antara 12.30 tengah hari, 19 Mac lepas hingga 2 petang, 20 Mac lepas.

Sehubungan itu, Mohd Naim didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menerusi Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad.

Video berdurasi 57 saat itu memaparkan seorang lelaki mempersenda pelaksanaan PKP  sambil merakam suasana di sebuah rumah yang didatangi orang ramai sambil menikmati hidangan berasaskan kambing termasuk kepalanya. 

Tags: kenduri kepala kambingperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd