• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

106 Kes Baharu COVID-19 Dengan Jumlah Kumulatif 1,624

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat 106 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 1,624 kes, manakala kematian akibat wabak itu kini 15 orang dengan satu kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan di Sri Petaling.

“Sebanyak 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai satu kes kematian yang dilaporkan hari ini, Dr. Noor Hisham berkata pesakit itu mempunyai penyakit kencing manis serta darah tinggi, dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-703, semasa solat Jumaat.

“Beliau mempunyai gejala selama seminggu iaitu demam, batuk dan kesesakan nafas untuk tiga hari. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, 5.35 pagi,“ katanya. 

Sementara itu, beliau berkata terdapat 24 kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah dibenarkan keluar daripada wad adalah 183 kes.

Tags: Covid-19Ijtimak TablighKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd