• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Tunda Pelaksanaan Tol RFID Di Lebuhraya PLUS, LPT2

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS  Malaysia Berhad (PLUS) menunda pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke tarikh baharu berikutan penularan wabak COVID-19.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem berkenaan dihentikan sementara bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS serta pelanggan lebuh raya.

“Semua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian PLUS akan disambung sejurus tempoh PKP berakhir. 

“Kami percaya bahawa PKP adalah langkah penting untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bukan sahaja kepada petugas kami malah kepada semua rakyat Malaysia daripada risiko COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pelaksanaan sistem kutipan tol RFID itu melibatkan 83 plaza tol sistem tertutup lebuh raya PLUS dan 10 plaza tol di LPT2.

Azman berkata, PLUS akan mengumumkan tarikh baharu bagi pelaksanaan kutipan tol menerusi RFID itu selepas tempoh PKP berakhir.

Sebelum ini, PLUS menyatakan pelaksanaan pembayaran tol RFID itu akan dimulakan pada 1 April ini.

Tags: Covid-19kutipan tolLPT2PLUSRFID
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd